22 Mac 2009

MENTARI MERAH DIUFUK TIMUR

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air dikali

Alam telah meyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti

Alam telah meyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahayaMu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada..

Yang Kau tinggalkan dalam
Kalbuku
Yang tinggal...

Aku...


~ search ~

12 Mac 2009

RABIAH AL-ADAWIYAH

Jika aku menyembahMu kerana takut nerakaMu,maka bakarlah aku dalam api jahannam..

Jika aku menyembahMu kerana mengharap syurgaMu,maka hindarkanlah aku darinya..

Jika aku beribadat kepadaMu kerana cinta,maka biarlah aku untuk memandang wajahMu..

Wahai Tuhan,jadikanlah neraka itu untuk musuh-musuhMu dan syurga untuk para kekasihMu.

Sedangkan aku,cukuplah Engkau..
Dengarkan sini hai anak ratu
Ombak dan air asalnya satu
Seperti manikam muhit dan batu
Inilah tamsil engkau dan ratu

~ hamzah fansuri ~