30 Oktober 2009

Harithah

pada suatu hari ketika nabi Muhammad saw berjalan dikota Madinah, baginda berselisih dengan seorang sahabat yang bernama Harithah bin Syuraqah.

"Harithah! bagaimana keadaanmu pagi ini?" baginda saw menyoal.

"Ya Muhammad, pagi ini aku telah mencapai hakikat keimanan." jawab Harithah.

mendengar jawapan tersebut, nabi saw bertanya, "apakah buktinya dan dimanakah bukti akan hakikat keimananmu?"

"cinta pada dunia telah hilang dari dalam diriku sehingga nilai emas dan batu sama sahaja dimataku. seolah-olah dalam mataku dengan jelas aku dapat melihat Arasy Tuian. penghuni syurga mendapat nikmat di syurga manakala penghuni neraka menerima azab di neraka.
Ya Rasulullah, pada waktu malam aku bermunajat dan diwaktu siang aku berpuasa." jawab Harithah.

engkau adalah hamba Allah yang telah memperolehi cahaya dihatimu. Harithah, engkau telah menerimanya, maka jadikanlah ia sebagai amalan." kata nabi saw.

16 Oktober 2009

baik dan buruk

sesungguhnya sesuatu yang baik datangnya dari Dia.
dan sesungguhnya sesuatu yang buruk juga datangnya dari Dia..

07 Oktober 2009

melihat Allah

dari Abdullah bin Syaqiq katanya: "kataku kepada Abu Dzar, sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah saw, nescaya ku tanyakan kepada beliau satu soalan.

kata Abu Dzar: "tentang apa?"

jawab Abdullah: "apakah tuan melihat Allah?"

kata Abu Dzar: "itu pernah ku tanyakan kepada beliau dan dijawabnya..

saya hanya melihat sinar Wudullah serupa tidak sebanding (nur).

Allah taala boleh dikenal tetapi tidak boleh diperkenalkan kepada sesiapa.

kata Rasulullah, aku menyembah Allah yang ku kenal dan nabi musa menyembah Allah yang dia kenal.

begitu juga pengenalan 24 nabi yang lainnya.
dan begitu juga nanti semua umat-umat ku..