30 Oktober 2009

Harithah

pada suatu hari ketika nabi Muhammad saw berjalan dikota Madinah, baginda berselisih dengan seorang sahabat yang bernama Harithah bin Syuraqah.

"Harithah! bagaimana keadaanmu pagi ini?" baginda saw menyoal.

"Ya Muhammad, pagi ini aku telah mencapai hakikat keimanan." jawab Harithah.

mendengar jawapan tersebut, nabi saw bertanya, "apakah buktinya dan dimanakah bukti akan hakikat keimananmu?"

"cinta pada dunia telah hilang dari dalam diriku sehingga nilai emas dan batu sama sahaja dimataku. seolah-olah dalam mataku dengan jelas aku dapat melihat Arasy Tuian. penghuni syurga mendapat nikmat di syurga manakala penghuni neraka menerima azab di neraka.
Ya Rasulullah, pada waktu malam aku bermunajat dan diwaktu siang aku berpuasa." jawab Harithah.

engkau adalah hamba Allah yang telah memperolehi cahaya dihatimu. Harithah, engkau telah menerimanya, maka jadikanlah ia sebagai amalan." kata nabi saw.

3 ulasan:

aku berkata...

adakah org yg sampai ke tahap tu akan abaikan dunia?

otakgila berkata...

Bukan tinggalkan dunia. Dunia tidak memberi bekas kepadanya. Dunia sekadar keperluan.
wallahua'lam

ku2 berkata...

salam.
gua setuju dgn penjelasan lu bg soalan AKU..